Pernahkah anda membeli barangan secara online? Semestinya
sudah ramai yang menggunakan kemudahan ini dan pasti anda mempunyai pengalaman
tersendiri, baik yang positif atau yang negatif. Internet sebenarnya adalah
satu lokasi membeli-belah yang hebat dan membeli secara online mempunyai banyak
kelebihan. Antara kelebihan membeli secara online :-
·
Menjimatkan masa. Membeli secara
online, anda hanya perlu search produk yang ingin dibeli, buat pilihan dan
melakukan proses jual beli. Sekarang hanya tunggu produk anda sampai hingga ke
depan rumah anda. Simple and smart!
·
Jimatkan kos. Biasanya jika membeli
secara online, anda akan dikenakan caj tambahan iaitu kos penghantaran. Jika
membeli-belah di kedai tidak ada caj tambahan. Ops! Tapi jangan lupa jika
membeli-belah di kedai, anda perlu keluarkan kos untuk minyak kereta, parking
fee, makan dan minum, belanja lain-lain seperti belanja untuk anak-anak atau
ahli keluarga yang ikut bershopping, kos ini lebih tinggi dari kos penghantaran
bukan? Inilah yang dinamakan “hidden kos”, kos yang kita tidak sedar.
·
Banyak pilihan namun boleh buat
perbandingan dan pilihan dengan mudah. Tak perlu seharian suntuk berulang-alik
dari satu kedai ke kedai yang lain hanya untuk membuat perbandingan harga
mahupun kualiti. Ada juga yang mengatakan barangan online tidak terjamin dan
tidak selamat. Ini adalah tanggapan yang salah. Bukan semua barangan online
tidak berkualiti, malahan kebanyakan peniaga online menawarkan warranty atau
pulangan semula mengikut terma dan syarat. Jika barangan tidak berkualiti dan
transaksi jual beli tidak selamat, mana mungkin laman web lelong.com boleh
mencapai transaksi hingga jutaan ringgit dan tentulah mudah.my atau zalora
tidak mampu beriklan di telivisyen. Dan yang hebatnya, Malaysia juga kini
mempunyai persatuan peniaga internet. Maka terbuktilah, perniagaan online
sememangnya terjamin.
Masih banyak lagi kebaikan yang boleh dibincangkan namun
cukuplah setakat ini. Untuk menikmati semua kebaikan ini, terdapat panduan
yang patut kita amalkan. Antaranya ialah:
·
Hanya melakukan transaksi pada laman
web yang selamat dan boleh dipercayai: pastikan peniaga masih aktif melakukan
perniagaan atau perkhidmatan, dan adalah lebih baik jika peniaga berdaftar secara sah.
·
Pastikan anda mempunyai bukti
tempahan (rekod order) yang mengandungi nombor rujukan (order-ID), tempahan anda,
jumlah bayaran dan butiran akaun pembayaran. Biasanya salinan akan diemailkan
ke alamat email yang anda berikan, atau ia boleh dirujuk dalam dashboard akaun
pengguna di kedai online tersebut.
·
Pastikan anda membuat pembayaran ke
akuan peniaga yang betul berdasarkan maklumat dari rekor order dan simpan bukti
pembayaran (slip pembayaran) anda.
·
Buat pengesahan pembayaran dengan
memberi maklumat pembayaran dan salinan bukti pembayaran kepada peniaga melalui
email atau akaun pengguna di kedai online tersebut. Ada juga peniaga yang
menerima maklumat melalui SMS sahaja.
·
Pastikan peniaga menerima makluman
anda. Jika tidak ada maklum balas anda perlu menghubungi peniaga melalui talian
yang dikhaskan.
· Pastikan anda menerima makluman status
order dan penghantaran barangan anda. Jika perlu, minta tracking no
penghantaran anda, biasanya setiap peniaga akan memberi tracking no kepada
pelanggan mereka.
Cukuplah setakat ini. Mungkin ada yang boleh diterima dan
ada yang tidak. Anda nilailah sendiri sebelum membeli barang secara online.