Friday, 19 July 2013

Kebaikan dan Panduan Membeli Secara Online

Posted by GurLy's Regno at 20:48
Pernahkah anda membeli barangan secara online? Semestinya sudah ramai yang menggunakan kemudahan ini dan pasti anda mempunyai pengalaman tersendiri, baik yang positif atau yang negatif. Internet sebenarnya adalah satu lokasi membeli-belah yang hebat dan membeli secara online mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan membeli secara online :-
·         Menjimatkan masa. Membeli secara online, anda hanya perlu search produk yang ingin dibeli, buat pilihan dan melakukan proses jual beli. Sekarang hanya tunggu produk anda sampai hingga ke depan rumah anda. Simple and smart!
·         Jimatkan kos. Biasanya jika membeli secara online, anda akan dikenakan caj tambahan iaitu kos penghantaran. Jika membeli-belah di kedai tidak ada caj tambahan. Ops! Tapi jangan lupa jika membeli-belah di kedai, anda perlu keluarkan kos untuk minyak kereta, parking fee, makan dan minum, belanja lain-lain seperti belanja untuk anak-anak atau ahli keluarga yang ikut bershopping, kos ini lebih tinggi dari kos penghantaran bukan? Inilah yang dinamakan “hidden kos”, kos yang kita tidak sedar.
·         Banyak pilihan namun boleh buat perbandingan dan pilihan dengan mudah. Tak perlu seharian suntuk berulang-alik dari satu kedai ke kedai yang lain hanya untuk membuat perbandingan harga mahupun kualiti. Ada juga yang mengatakan barangan online tidak terjamin dan tidak selamat. Ini adalah tanggapan yang salah. Bukan semua barangan online tidak berkualiti, malahan kebanyakan peniaga online menawarkan warranty atau pulangan semula mengikut terma dan syarat. Jika barangan tidak berkualiti dan transaksi jual beli tidak selamat, mana mungkin laman web lelong.com boleh mencapai transaksi hingga jutaan ringgit dan tentulah mudah.my atau zalora tidak mampu beriklan di telivisyen. Dan yang hebatnya, Malaysia juga kini mempunyai persatuan peniaga internet. Maka terbuktilah, perniagaan online sememangnya terjamin.
Masih banyak lagi kebaikan yang boleh dibincangkan namun cukuplah setakat ini. Untuk menikmati semua kebaikan ini, terdapat panduan yang patut kita amalkan. Antaranya ialah:
·         Hanya melakukan transaksi pada laman web yang selamat dan boleh dipercayai: pastikan peniaga masih aktif melakukan perniagaan atau perkhidmatan, dan adalah lebih baik jika peniaga berdaftar secara sah.
·         Pastikan anda mempunyai bukti tempahan (rekod order) yang mengandungi nombor rujukan (order-ID), tempahan anda, jumlah bayaran dan butiran akaun pembayaran. Biasanya salinan akan diemailkan ke alamat email yang anda berikan, atau ia boleh dirujuk dalam dashboard akaun pengguna di kedai online tersebut.
·         Pastikan anda membuat pembayaran ke akuan peniaga yang betul berdasarkan maklumat dari rekor order dan simpan bukti pembayaran (slip pembayaran) anda.
·         Buat pengesahan pembayaran dengan memberi maklumat pembayaran dan salinan bukti pembayaran kepada peniaga melalui email atau akaun pengguna di kedai online tersebut. Ada juga peniaga yang menerima maklumat melalui SMS sahaja.
·         Pastikan peniaga menerima makluman anda. Jika tidak ada maklum balas anda perlu menghubungi peniaga melalui talian yang dikhaskan.
·         Pastikan anda menerima makluman status order dan penghantaran barangan anda. Jika perlu, minta tracking no penghantaran anda, biasanya setiap peniaga akan memberi tracking no kepada pelanggan mereka.
Cukuplah setakat ini. Mungkin ada yang boleh diterima dan ada yang tidak. Anda nilailah sendiri sebelum membeli barang secara online.

0 comments:

Post a Comment

 

Produk Kesihatan dan Kecantikan Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting